semalam…….aku rindu
rindu pada ketawa mu
rindu pada gurau senda mu
rindu pada senyuman mu
rindu pada renungan mu
rindu pada wajah kasih mu
rindu pada suara ceria mu
rindu pada perhatian mu
rindu pada sokongan mu
rindu pada kematangan mu
rindu pada ketegasan mu
rindu pada cerita-cerita mu
rindu pada kisah kenangan kita
sering kali rindu itu datang….sering kali itu aku menidakkan…menafikan sekeras-keras nye..mengawal agar tidak terlepas tingkah dan bicara….namun seringkali ia nya berjaya menewaskan jiwa ku…seperti ombak tanpa jemu menghempas pantai….membawa sisa di pesisir pasir….meratah rakus tanpa belas kasihan….
tapi aku bukan ombak itu….yang kadang membisu, kadang tenang,kadang ganas…..lantas aku perlu memilih di antara menyembunyikan rasa atau tidak…dan aku memilih menyatakan kala ia tidak terbendung lagi…..kala ia tidak tertahan lagi…tanda kasih dan sayang tulus ikhlas dari ku…
dan semalam…..aku serahkan rindu ku pada Tuhan Yang Satu….kerna perasaan ini hadir dengan izin Nya Yang Maha Pengasih…..kerna DIA memiliki jiwa ini….kerna DIA lebih mengerti dan memahami……dan paling penting,kerana DIA la penawar kerinduan ini……
No comments:
Post a Comment